Kuantan: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan sebuah pesawat pejuang F/A-18D Hornet terlibat dalam insiden kemalangan di Pangkalan Udara Kuantan malam ini.
Menurut kenyataan Bahagian Perhubungan Awam TUDM, kemalangan itu berlaku sekitar jam 9.05 malam di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah.
“TUDM sedang mengambil tindakan segera berhubung insiden ini dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu.
Sehubungan itu, orang ramai diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau berita yang tidak sahih mengenai kejadian tersebut.
Kenyataan tersebut dikeluarkan pada jam 10.00 malam, Khamis.
