JAKARTA: Lembaga Perlindungan Saksi dan Korban (LPSK) memaklumkan bahawa pihaknya tidak dapat memberikan perlindungan kepada isteri Inspektor Ferdy Sambo, Putri Candrawathi.
Ketua LPSK, Hasto Atomojo Suroyo berkata, keputusan tersebut diambil atas sebab pihak polis telah pun menghentikan siasatan yang mendakwa berlaku gangguan kepada Putri Candrawathi.
Sebelumnya, dakwaan berlaku kes gangguan ini dilaporkan ke Balai Polis Jakarta Selatan.
“Sekarang setelah (status kes Putri) jelas menentukan bahawa LPSK tidak dapat memberikan perlindungan kerana status atas hukuman terhadapnya yang membingungkan, adakah Putri itu mangsa atau memiliki status lain,” katanya kepada media pada Sabtu (13 Ogos).
Hasto turut menjangkakan bahawa Putri memiliki status lain selain dari menjadi korban mahupun saksi gangguan. Sama dengan keterangan dari pihak polis, beliau yakin tidak ada kes gangguan terhadap Putri.
“Kemungkinan besar (tidak diberi perlindungan) kerana kes itu sendiri tidak wujud, jadi tidak ada hukuman untuk itu. Kejahatan yang dilaporkan yang mana ia mendakwa dirinya sebagai mangsa tidak wujud, maka sudah pasti LPSK tidak dapat memberi perlindungan.
Sebelum ini dilaporkan, polis telah menghentikan laporan terhadap mangsa (Nofriansyah Yosua Hutabarat) atas kes dakwaan gangguan terhadap isteri Ferdy Sambo.
Ketua Polis Indonesia, Andi Rian berkata, selepas menjalankan kes itu, tiada sebarang jenayah ditemui terhadap laporan dakwaan gangguan seksual pada 8 Julai lalu.
“Berdasarkan hasil dari kajian kes pada petangi ini, kita akan menghentikan siasatan kerana tidak ada kejadian jenayah yang ditemui.” jelas Andi Rian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Negara pada Jumaat lalu (12 Ogos).
Sumber: kompas