KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mahu rakyat di negeri ini terus bersama-sama sebagai satu masyarakat bersatu dalam meraikan kepelbagaian dan kepercayaan.
Dalam masa sama juga katanya, kerajaan negeri terus komited untuk memastikan perpaduan rakyat dan kestabilan politik sentiasa kekal supaya pertumbuhan ekonomi akan terus membangun.
“Bersempena perayaan Krismas ini, saya berharap agar kita semua akan terus lebih komited dengan sikap toleransi dan bersatu padu.
“Dalam semangat Krismas ini juga, marilah kita meluangkan sedikit masa merenung persamaan yang selama ini menyatukan rakyat dan kekal fokus untuk mengukuhkan nilai-nilai ini,” katanya dalam Perutusan Krismas 2024 pada Isnin.
Hajiji turut mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada semua masyarakat Kristian yang merayakannya di negeri ini.