KIMANIS: 11 buah rumah terlibat dalam satu insiden kebakaran di Kampung Laut Bongawan pada tengah hari Isnin (5 Mac).
Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis, Jaffar Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 12.02 tengah hari.
“Kebakaran melibatkan 11 buah rumah, iaitu 9 buah rumah jenis tidak kekal terbakar 100 peratus dan dua lagi jenis separuh kekal terbakar 10 peratus.
“Anggaran keluasan keseluruhan kebakaran 43,873 kaki persegi dan tiada mangsa yang terlibat dilaporkan oleh ketua operasi,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.
Operasi pemadaman dilakukan oleh BBP Papar dan Beaufort yang masing-masing menggunakan satu aliran, 200 kaki, satu pancutan.
Manakala BBP Kimanis menggunakan satu aliran, 200 kaki dua pancutan dengan menggunakan sumber air dari jentera bomba.
Operasi terkawal pada jam 12.56 tengah hari.