KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan lanjut berhubung kes kematian remaja berusia 13 tahun, Zara Qairina, termasuk menggali semula kuburnya bagi tujuan bedah siasat.
Dalam satu kenyataan hari ini, AGC memaklumkan bahawa arahan tersebut dikeluarkan selepas meneliti laporan penuh siasatan awal yang dikemukakan oleh PDRM.
“Jabatan ini berpendapat terdapat keperluan untuk siasatan lanjut diambil oleh PDRM demi memastikan segala aspek siasatan dapat dilaksanakan dengan menyeluruh,” kata kenyataan itu.
Menurut AGC, arahan penggalian semula atau exhumation itu bertujuan membolehkan prosedur bedah siasat (post-mortem) dilakukan ke atas jenazah Zara Qairina.
Ini sekali gus untuk mendapatkan maklumat dan bukti tambahan yang diperlukan bagi melengkapkan siasatan.
