filter: 0; fileterIntensity: 0.0; filterMask: 0; captureOrientation: 180; algolist: 0; multi-frame: 1; brp_mask:12; brp_del_th:0.1438,0.0000; brp_del_sen:0.1000,0.0000; motionR: 0; delta:1; bokeh:1; module: photo;hw-remosaic: false;touch: (-1.0, -1.0);sceneMode: 3145728;cct_value: 0;AI_Scene: (0, 0);aec_lux: 280.9408;aec_lux_index: 0;albedo: ;confidence: ;motionLevel: 0;weatherinfo: null;temperature: 42;
KOTA KINABALU: Hujan renyai mengiringi suasana pilu ketika jenazah Allahyarham Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, kira-kira jam 2.15 petang, pada Jumaat.
Terdahulu, jenazah Allahyarham dimandikan, dikafankan serta disembahyangkan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu sejurus selesai solat Jumaat, sebelum dibawa ke tanah perkuburan pada jam 1.45 petang.
Perjalanan terakhir bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu diiringi ribuan hadirin termasuk ahli keluarga, sahabat handai dan kenalan rapat yang hadir memberikan penghormatan terakhir.
Allahyarham yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital swasta di sini pada jam 1.46 pagi Jumaat.
Pemergian beliau disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada landskap politik Sabah, khususnya bagi masyarakat Kinabatangan yang diwakilinya selama lebih dua dekad.
