KOTA KINABALU: Negara hari ini dikejutkan dengan pemergian Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang disahkan meninggal dunia awal pagi Khamis.
Berita duka itu dimaklumkan anak beliau, Naim Moktar, menerusi satu hantaran di laman Facebook.
Dalam kenyataan ringkas tersebut, Naim memaklumkan bahawa ayahandanya, Moktar bin Radin, menghembuskan nafas terakhir pada 5 Disember 2026 kira-kira jam 1.46 pagi, bersamaan 14 Jamadilakhir 1447H.
Naim turut memohon orang ramai untuk sama-sama mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman.
“Innalillahi wainnailaihi rajiun. Salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa beliau dan menerima segala amal kebajikannya,” tulis sebahagian pengguna media sosial yang turut berkongsi rasa sedih atas kehilangan tokoh politik itu.
Maklumat lanjut mengenai lokasi pengebumian dijangka dimaklumkan keluarga dalam masa terdekat.
