KOTA KINABALU: Susulan dari peningkatan kes Covid-19 di kawasan Kampung Likas arahan kepada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) kini sedang dilaksanakan di kampung tersebut.
Namun begitu, kedengaran beberapa keluhan daripada penduduk Kg Likas yang kurang berpuas hati dengan penyampaian informasi berkaitan SOP keluar masuk. Informasi kadangkala bercanggah dan mengelirukan apabila penduduk perlu berhadapan dengan pihak yang ditugaskan untuk menjaga laluan keluar masuk kampung mereka.
Dengan itu, Ketua Bersatu Bahagian Sepanggar merangkap Setiausaha Bersatu Kerajaan Negeri saudara Razali Razi, dalam satu kenyataan beliau hari ini, mengemukakan cadangan untuk mewujudkan COMAND CENTRE dalam kawasan PKPD Kg Likas.
Ini bagi menyediakan sebuah pusat penyampaian informasi (SOP Keluar Masuk, Bantuan Makanan serta Keselamatan) yang menempatkan agensi KKM, PDRM, DBKK dan wakil-wakil kampung bagi memastikan penduduk mendapatkan maklumat yang tepat.