Kota Kinabalu: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Amaran Ribut Petir berkuat kuasa serta-merta hingga jam 5 petang hari ini yang memberi tumpuan utama kepada beberapa kawasan di Sabah.
Kawasan terjejas di Sabah termasuklah beberapa kawasan di pedalaman termasuk Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan.
Manakala bagi Pantai Barat di Papar, (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud), seterusnya Sandakan (Tongod, Kinabatangan, Sandakan) dan Kudat.
Amaran dikeluarkan pada 2.30 petang, dengan jangkaan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang boleh berlaku secara setempat dan berterusan melebihi 1 jam, selaras kriteria amaran apabila intensiti hujan melebihi 20 mm/jam.
MetMalaysia menegaskan amaran ribut petir ialah amaran jangka pendek yang lazimnya sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.
Orang ramai, khususnya pengguna jalan raya dan komuniti pesisir, dinasihatkan menangguhkan aktiviti luar seperti rekreasi pantai, sukan air dan pendakian; elak berteduh di bawah pokok tinggi atau struktur tidak kukuh; serta peka terhadap kemungkinan banjir kilat di kawasan rendah.
Peniaga kecil/penjaja diminta mengikat peralatan dan kanopi bagi mengelakkan risiko diterbangkan angin.
