KOTA KINABALU: Sabah dilaporkan sudah melepasi angka 30% daripada jumlah penduduk dewasa yang telah memperoleh dos lengkap vaksin. Sehingga Ahad lalu (23 Ogos), sebanyak 30.1% penduduk dewasa Sabah telah melengkapkan pengambilan dua dos vaksin dan 52.4% telah memperoleh satu dos.
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada semalam adalah sebanyak 2,474 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 124,430 kes. Sebanyak 25 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu 12 kes di Kota Kinabalu, tiga (3) kes di Tawau, masing-masing dua (2) kes di Papar, Penampang, Beaufort dan Putatan manakala Keningau dan Tambunan mencatatkan satu (1) kes kematian. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.
Tiada perubahan zon merah dicatatkan dan semalam turut berlaku penurunan kes sebanyak sebanyak -164 kes berbanding hari sebelumnya, iaitu 2,638 kes.
Kes di daerah Kota Kinabalu menurun (-212) kes, iaitu daripada (883) kes kepada (671) kes tetapi, Papar meningkat sebanyak (+132) kes kepada (181) kes. Kinabatangan mencatat penurunan sebanyak (-96) kes iaitu (15) kes daripada (111) kes hari sebelumnya namun, Lahad Datu mencatat penambahan (+59) kes, Beluran mencatatkan peningkatan (+49) kes dan Tawau mencatatkan penurunan (-63) kes.
Sumber: JPBCNS