Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, petang ini.
Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan diadakan jam 2.28 petang tadi.
Hadir sama bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN).
Naib Presiden UMNO itu dilantik Perdana Menteri Kesembilan Malaysia setelah mendapat sokongan 114 Ahli Parlimen daripada 220 kerusi Dewan Rakyat, susulan peletakan jawatan Muhyiddin pada 16 Ogos lalu.
Majlis angkat sumpah itu turut disiarkan di laman Facebook pejabat Perdana Menteri.