
TUARAN: Ibu maut manakala anak lelakinya parah tersepit selepas terlibat kemalangan di Jalan Sulaman Gayang Tuaran di sini petang tadi.
Kenderaan jenis Perodua Alza yang dipandu oleh anak lelaki berusia 18 tahun dilaporkan terbabas lalu merempuh belakang Bas Persiaran Pelancong yang berada ditepi jalan.
Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Tuaran, PKPgB Mohamad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kemalangan itu pada jam 2.41 petang.
Susulan panggilan kecemasan itu, seramai lapan anggota bomba telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 25 kilometer dan tiba pada jam 3.06 petang.
“Terdapat dua mangsa terlibat (Perodua Alza) tersepit telah berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Bomba.
“Mangsa lelaki mengalami kecederaan dan di hantar ke hospital oleh KKM, manakala seorang lagi mangsa wanita, 47 tahun disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM.
“Mangsa meninggal dunia dilokasi diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Pasukan bomba seterusnya menjalankan pemeriksaan di sekitar kawasan untuk memastikan tiada lagi bahaya yang lain wujud sebelum menamatkan operasi sepenuhnya pada jam 5.05 petang.