
RANAU: Sebuah lori trailer membawa muatan tujuh buah kenderaan jenis Proton Saga terbabas sendiri dan terjunam dari ketinggian 50 kaki dalam satu kejadian kemalangan di Kg Nobutan Jalan Ranau – Sandakan, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, PPgB Mohd Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 11.46 pagi.
Susulan itu katanya, seramai enam anggota bomba dari BBP Ranau diketuai PBK II Wasli Saupin dikejarkan ke lokasi bersama agensi PDRM sejauh 30 kilometer dan tiba pada jam 12.23 tengah hari.
“Lapor kemalangan melibatkan sebuah lori trailer membawa muatan tujuh tujuh buah kereta jenis Proton Saga terbabas sendiri dan terjunam dari ketinggian 50 kaki.
“Kemalangan tersebut turut melibatkan kerosakan sebuah rumah akibat dihempap pokok.
“Terdapat seorang mangsa telibat iaitu pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain di Lokasi operasi ditamatkan pada jam 12.50 tengah hari.