Rancangan pemimpin PKR untuk mengangkat ketua mereka iaitu Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong terpaksa dibatalkan selepas gagal menunjukkan blok pembangkang memiliki sokongan majoriti Ahli Parlimen.
Seorang pemimpin kanan PKR berkata dengan syarat tidak dinamakan, sebaliknya dipersetujui mereka hanya akan memberi tumpuan kepada Ahli Parlimen yang menentang Perdana Menteri negara, Muhyiddin Yassin.
“Memanglah Ahli Parlimen pembangkang tak akan sokong perdana menteri yang memerintah. Perkara sedemikian dah memang terang.
“Tetapi kami berpandangann sesuatu perlu dilakukan cepat untuk menyokong surat Umno kepada Tuanku.
“Mereka sedar bahawa selagi mereka tidak memiliki nama untuk calonn perdana menteri, tidak ada apa yang berubah dalam konteks persefahaman untuk menggulingkan kerajaan sekarang,” kata ahli politik PKR yang juga merupakan pemegang jawatan didalam parti.
Difahamkan PH dan beberapa Ahli Parlimen lain mendakwa berjawa mengumpulkan 100 nama bberserta 13 nama yang didakwa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sudah diserahkan kepada Agong.
Walaupun pembangkang di luar gabungan PH menuntut peletakan jawatan Muhyiddin, mereka bagaimanapun menentang percubaan untuk menamakan Anwar sebagai perdana menteri di mana ia merupakan matlamat utama Zahid Hamidi dab bekas perdana menteri, Najib Razak semenjak tahun lalu.
“Sehingga sekarang, calon perdana menteri belum dinamakan kerana penentangan hebat ahli-ahli Parlimen yang boleh menjadi kingmaker,” kata sumber dalaman PKR tersebut.
Minggu lalu, sepucuk surat Zahid kepada Agong menyenaraikan 14 Ahli Parlimen dari Umno yang menarik sokongan daripada kepimpinan Muhyiddin Yassin.
Namun, satu sumber dalaman kumpulan tersebut berkata mereka tidak bersedia untuk berkerjasama dengan Anwar mahupun DAP bagi menubuhkan kerajaa baru.
SUMBER : Sabah Baru News