Rabu lepas, pengeluar Vaksin SINOVAC, Sinopharm mengumumkan tentang penemuan terbaru mereka dimana antibodi peneutralan yang kuat terhadap varian Delta yang berkesan dalam rawatan pencegahan awal Covid-19 yang disebabkan oleh varian ini.
Pengerusi Sinopharm China National Biotec Group, anak syarikat Sinopharm, Yang Xiaoming mengumumkan tentang penemuan kumpulan penyelidik mereka mengenai Antibodi Monoklonal yang berkesan menghalang pembentukan Coronavirus dengan Enzim Penukar Angiotensin 2. Enzim ini bercantum pada sel membran yang terletak di usus, ginjal, testis, pundi hempedu dan jantung dimana antibodi dapat melawan virus daripada menjangkiti sel lain. Pengumuman rasmi ini telah ditulis melalui akaun rasmi WeChat mereka.
Antibodi Monklonal ini bertindak sebagai ubat terapi yang telah disasarkan dan memiliki kekhususan yang kuat, keberkesanan yang tinggi serta ketoksikan yang rendah. Ia juga dikenali sebagai “Peluru Berpandu Biologi”, telah menunjukkan keberkesanan yang sangat baik dan penggunaan kepada pelbagai prospek yang luas dalam merawat pelbagai jenis penyakit.
Penggunaan aplikasi ini disebut sebagai 2B11 turut dapat mengurangkan keradangan paru-paru yang telah disebabkan oleh jangkitan virus.
Varian Delta kini menjadi varian utama dalam jangkitan global Covid-19 dan juga merupakan varian utama di Negara China sekarang. Kajian terbaru menunjukkan bahawa 2B11 mempunyai aktiviti peneutralan yang sangat konsisten terhadap varian Delta. Selain itu, 2B11 juga mempunyai penggunaan yang besar dalam pencegahan jangka pendek dan rawatan awal Covid-19 yang telah disebabkan oleh varian ini.
Syarikat turut menjelaskan penggunaan klinikal antibodi 2B11 berjalan dengan lancar dengan harapan ia dapat digunakan dalam pencegahan wabak Covid-19 di China secepat mungkin. Penyelidikan ini juga diharapkan dapat menjadi senjata yang berguna untuk menentang mutasi virus.
SUMBER : Global Times