“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama warga KPT dan semua pemegang taruh berkaitan kementerian yang banyak membantu saya melaksanakan tugas. Semoga Allah SWT merahmati negara kita dan melindungi kita semua,” kata-kata bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad.
Akhirnya segala persoalan telah pun terjawap dimana beliau menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin ataupun tidak apabila mengambil tindakan meletakkan jawatan serta-merta selaku Menteri Pengajian Tinggi. Selaku Ketua Wanita UMNO, beliau turut memberitahu berdasarkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 3 Ogos 2021, beliau sebagai salah seorang ketua sayap parti itu akur dengan keputusan parti.
“Terima kasih kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana telah memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat di dalam Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan pada hari ini.
Beliau berkata, keputusan parti akan dilaksanakan ketika Parlimen bersidang.
“Saya percaya, kita telah berusaha melakukan yang terbaik dalam menguruskan negara mendepani pandemik Covid-19,” katanya.
Ahli Parlimen Parit Sulong itu berkata, usaha berkenaan akan diteruskannya meskipun beliau tidak lagi menjadi menteri.