KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Madisi Manjun melaporkan bahawa terdapat dua kluster komuniti dikesan pada Sabtu lalu (31 Julai).
Kluster pertama adalah, kluster Gambaron Dua Telupid yang merupakan kluster komuniti dan dipercayai berjangkit dalam kalangan jemaah masjid seterusnya merebak kepada ahli keluarga.
“Kes indeks merupakan lelaki, 29, yang bergejala sejak 22 Julai 2021 sebelum disahkan positif di Klinik Kesihatan pada 23 Julai 2021,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Beliau berkata, berdasarkan siasatan, kes indeks mendapat jangkitan daripada seorang rakannya iaitu lelaki dari Tawau yang disyaki menjadi kontak kes positif di Ladang FGV Tanah Mas, Telupid.
Masidi turut berkata bahawa sepanjang tiga hari bermula 15 Julai lalu, di Kampung Gambaron Dua, kes indeks bersama rakannya itu menunaikan solat di Masjid Pekan Telupid.
95 individu telah disaring dan 53 daripadanya dikesan positif Covid-19 termasuk 41 kes baharu.
“Selain itu, Kluster Jalan Corak Tongod bertambah satu kes baharu dan menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 12 kes,” lapor Masidi.
Menurut beliau, kes indeks bagi kluster kategori komuniti ini mula dikesan apabila suri rumah, 30, yang bergejala demam, batuk dan selesma disahkan positif Covid-19 di Pejabat Kesihatan Daerah Tongod pada 26 Julai lalu.
Katanya siasatan awal mendapati, kes indeks bersama 14 rakannya mula mengalami gejala yang sama sejak menerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin Telupid pada 24 Julai lalu dan ada di antara mereka masih menunggu keputusan ujian RT-PCR.
Saringan kontak turut mendapati sembilan lagi kes positif Covid-19 di sekitar kediamana kes indeks.
Sumber: UB