INDIA: Seorang lelaki di India, dituduh menolak isteri dan dua anak perempuannya ke dalam sumur pada awal bulan Jun 2021
Lelaki yang dituduh ini dikenali sebagai Raja Bhaiya Yadav, 42 dari Chhatarpur, Madhya Pradesh, India.
Pihak polis berkata bahawa Yadav bertindak demikian kerana marah tidak memiliki anak lelaki. Turut dilaporkan dimana kejadian tersebut bermula ketika isteri Yadav melahirkan anak kedua, iaitu bayi perempuan pada tiga bulan lalu.
Ketika isterinya berada di rumah ibu bapanya, Yadav menjemput isteri serta kedua anak perempuannya dengan paksa, kemudian berhenti di sebuah sumur.
Polis melaporkan bahawa Yadav menolak isteri dan anak perempuannya ke dalam sumur. Tertuduh bahkan melemparkan batu kepada isterinya yang sedang berusaha untuk keluar dari sumur.
Anak perempuannya, 8 tahun dilaporkan meninggal dunia, manakala anak perempuannya yang berusia tiga bulan diselamatkan oleh penduduk kampung yang mendengar tangisan mereka.
Isterinya memberitahu pihak polis bahawa Yadav marah padanya kerana melahirkan anak perempuan, sedangkan suaminya menginginkan anak lelaki.
Yadav berjaya melarikan diri dari tempat kejadian dan kini dituduh melakukan percubaan membunuh. Pihak polis masih dalam proses memburu Yadav.
Sumber: kompas