BANGKOK: Seekor gajah lapar di Thailand mengejutkan satu keluarga pada tengah malam kerana merempuh dinding dapur rumah dan mengambil beras.
Gajah dewasa tersebut bernama Plai Bunchuay, yang merempuh dinding dapur setelah mencium bau makanan dari dalam rumah di Hua Hin, Thailand selatan pada 20 Jun lalu.
Memetik Daily Mail pada Isnin lalu (21 Jun), Rachadawan Phungprasopporn bersama suaminya terbangun dari tidur kerana terdengar bunyi bising dan bergegas ke arah dapur.
Pasangan ini terkejut ketika melihat gajah dengan gading besarnya yang sedang merempuh dinding dapur dan membongkar almari dapur menggunakan belalai panjangnya.
Gajah kemudian mengambil satu beg plastik berisi beras dengan menggunakan belalai dan memasukkan ke dalam mulutnya.
Rachadawan berkata, suaminya menghalau gajah tersebut yang kemudiannya menghilang di hutan terdekat.
Dia turut berkata bahawa gajah ini terkenal di daerah tersebut kerana menjadi penyebab kepada banyak kerosakan.
Gajah tersebut pernah datang ke rumah mereka pada 2 bulan lepas namun tidak merosakkan apa-apa.
“Kami sudah melaporkan kepada jabatan hidupan liar tempatan dan mereka memberitahu kami untuk tidak menyimpan makanan di dapur, kerana baunya menarik perhatian gajah, jadi kami menuruti nasihat mereka,” terang Rachadawan.
Kos bagi membaiki kerosakan dinding dapur rumah keluarga ini lebih kurang 50,000 baht (RM 6548.37).
Thailand memiliki lebih kurang 2,000 gajah Asia yang hidup secara liar, tetapi kerap berlaku konflik ketika bertembung dengan manusia di kawasan jalan dan perkampungan.
Staff dari Taman Nasional negara gajah Putih ini, percaya bahawa haiwan ini bertingkah demikian sebagai respon terhadap bau makanan dari manusia.
Sumber: kompas