MEMBAKUT: Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Arifin Arif memberitahu beliau berpuas hati dengan sambutan masyarakat yang tampil mendapatkan suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Kesenian Islam, Membakut dalam tinjauan beliau petang semalam.
Arifin berkata, berdasarkan pemerhatian beliau semasa tinjauan itu, beliau percaya masyarakat Membakut semakin sedar terhadap kepentingan vaksin bagi melindungi diri serta keluarga disekeliling.
Jelas beliau, sasaran untuk mencapai imuniti berkelompok tidak mustahil boleh dicapai segera jika rakyat terus tampil memberikan kerjasama bagi mendapatkan suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
“Tinjauan saya pada petang ini ke PPV Dewan Kesenian Islam memberi gambaran jelas bahawa masyarakat kita semakin sedar dan yakin dengan program PICK. Mudahan lebih ramai lagi yang akan tampil mendapatkan suntikan bagi memerangi bersama penularan pandemik ini, ” katanya.
Dalam pada itu, Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut turut mengajak rakyat khususnya di Membakut supaya mengemaskini maklumat berkaitan yang diperlukan dalam aplikasi MySejahtera bagi memudahkan proses pemberian vaksin. – UB