KUALA LUMPUR: Sejak pelaksanaan lockdown atau sekatan perjalanan penuh yang bermula 1 Jun 2021, kes baharu Covid-19 mula menunjukkan penurunan.
Namun sejak akhir-akhir ini juga, kita turut menyaksikan jumlah individu yang ditahan atas pelanggaran SOP masih tinggi dengan melebihi 800 orang sehari.
Sebanyak lima lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bermula Selasa ini (15 Jun) hingga 28 Jun terang Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata lokaliti di Sabah melibatkan Batu 3.5 jalan Apas (Kiri) Tawau; Taman Puri Warisan, Kota Kinabalu; dua lokaliti di daerah Tuaran, iaitu Taman Telipok Jaya dan Kampung Penimbawan. Manakala lokaliti yang kelima adalah Kampung Lebak Moyoh, Kota Belud.
Kelima-lima lokaliti yang dikenakan PKPD ini merupakan lokaliti yang menunjukkan peningkatan kes Covid-19. “Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di kelima-lima lokaliti ini bermula 15 Jun hingga 28 Jun.
“Pelaksanaan PKPD ini bagi memastikan penduduk yang berisiko kekal berada dalam kawasan PKPD dan menyekat pergerakan serta penularan jangkitan Covid-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut”. terang beliau dalam satu kenyataa.
Sumber: MKN