KUNDASANG: Seorang pendaki warganegara Jepun berjaya menawa puncak Gunung Kinabalu dengan hanya berpakaian pejabat jenama SADA.
Pendaki yang dikenali sebagai Sada Nobutaka San berkongsi pengalaman mendaki gunung itu di laman sosial Facebooknya.
Video pendakian beliau turut tular di beberapa media sosial tempatan.
Dalam ruangan komen pula, rata-rata netizen Malaysia khusus di Sabah memberi pujian serta komen-komen yang positif dan lawak.
“Punya santai dia naik, memang macam pigi office betul dia naik.”
Ramai juga komen warga netizen yang membandingkan tahap kesejukan Jepun dan Gunung Kinabalu tidak jauh beza, kerana itulah pendaki Jepun itu kelihatan santai mendaki tanpa guna pakaian tebal.
Sumber: SabahInfo