Sembunyi fakta positif Covid-19, akhirnya satu keluarga maut
CARACAS: Seorang wanita di negara Venezuela menyembunyikan fakta di mana ia menyatakan bahawa dirinya negatif Covid-19, yang akhirnya mengakibatkan satu keluarganya maut dijangkiti, termasuk dirinya.
Semua bermula ketika Veronica Garcia Fuentes, dari Tachira, alami demam pada pertengahan Disember tahun lepas.
Setelah mengambil keputusan swab test PCR, dia dinyatakan positif Covid-19 dan memilih untuk menjalankan kuarantin di rumahnya sendiri.
Dilaporkan harian Venezuela La Nacion, wanita berusia 36 tahun itu tidak mengaku kepada suami serta anak-anaknya bahawa dia positif Covid-19 dan hanya mengakui alami selesma.
Hinggalah pada akhir Disember lalu, Fuentes mengaku kepada suaminya, Jose Antonio bahawa dia positif Covid-19. Dia mengakui hal tersebut kerana berusaha mencegah suaminya untuk datang ke family party dan bergaul dengan tetamu yang datang.
Pada Januari lalu, Fuentes mula alami pneumonia. Sementara suami serta tiga orang anaknya yang berusia 17 tahun dan kembar berusia 4 tahun, dilaporkan negatif.
Dua minggu kemudian, keadaan Fuentes semakin merosot dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Ketika itu, suami dan anak-anaknya dinyatakan sudah positif Covid-19.
Beberapa hari kemudian, si suami pula yang dikejarkan ke hospital kerana alami gejala Covid-19. Seminggu kemudian, kedua suami isteri ini meninggal dunia.
Memetik Newsweek pada Khamis lalu (4 Feb), ketiga-tiga anak Fuentes turut menghembuskan nafas terakhir satu minggu kemudian.
Pihak kesihatan tempatan melaporkan berita sedih tersebut dan mendesak masyarakat agar selalu menggunakan pelitup muka dan sentiasa menjaga jarak.
Para pakar juga meminta orang ramai untuk lebih berhati-hati, seperti yang dikatakan oleh seorang doktor tempatan, Amelia Fressen.
Sehingga Februari 2021, World health organization (WHO) melaporkan bahawa Venezuela catat 127,346 kes dan 1,196 kes kematian akibat Covid-19.
Sumber: KOMPAS