Remaja berkongsi ramalan kematiannya sendiri di Facebook sebelum ditemukan benar-benar meninggal dunia

Read Time1 Minute, 23 Second

Seorang gadis remaja meramal kematiannya sendiri melalui sebuah postingan ngeri tentang lokasi tubuhnya, beberapa jam sebelum ia dilaporkan dibunuh.

Cristiane Carvalho Guimaraes, 17 maut di Brazil pada 13 Februari lalu setelah membuat satu postingan di laman Facebook miliknya.

“Aku datang ke sini untuk mengucapkan selamat tinggal pada semua orang. Aku akan segera mati.” tulisnya dalam postingan tersebut, dikutip dari MIrror.co.uk.

Dia kemudian memberi nama calon pembunuhnya. Ia turut menyatakan punca kematiannya adalah kerana terlibat dengan hutang dan pengedaran dadah tempatan.

Dalam postingan lain, Cristiane menulis, “Mereka akan menghantar lokasi dimana tubuhku akan ditemukan.”

Keesokan harinya, satu kenyataan telah dibuat melalui postingan di Facebooknya yang kelihatan dibuat oleh pembunuh dengan menyatakan lokasi mayatnya.

Posting tersebut turut diisikan tanda tangan “CV” di bahagian akhir yang mengaju pada kumpulan penjenayah, iaitu Comando Vermelho.

Polis mengetahui kehilangan Cristiane sejak 12 Februari. Namun, ketika petugas menemui Cristiane pada keesokan harinya di lokasi yang dinyatakan, ia sudah pun terbunuh.

Punca kematian belum dinyatakan, sama ada ia ditembak seperti yang dinyatakan melalui laman Facebooknya sebelum ini.

Petugas yang sedang menyiasat kes ini, percaya bahawa Comando Vermelho mungkin sebenarnya tidak ada kaitan dengan kes kematian ini.

Turut didakwa pembunuh sengaja menggunakan nama tersebut untuk mengelirukan para penyiasat. Petugas juga percaya bahawa semua postingan tentang kematian Cristiane sebelumnya ditulis dan diunggah sendiri oleh si pembunuh.

Penyiasat juga curiga dengan dua lagi kes pembunuhan yang dilakukan pada 17 Februari yang dikaitkan adalah kes serupa.

Mangsa dikenal pasti sebagai Lorival Fonsea Moraes dan Anotnio Monteiro dos Santos yang merupakan adik beradik dan ipar dari seorang suspek yang dinyatakan Cristiane sebagai pembunuh dalam unggahan Facebooknya.

HIngga kini polis masih sedang menyiasat kes kematian ini.

Sumber: tribunnews

0 0

About Post Author

MissBambangan

suka menulis
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleppy
Sleppy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

MissBambangan

suka menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *