Kenapa anjing kerap gali tanah dan menguburkan benda dalam tanah?

Read Time2 Minute, 21 Second

Anjing merupakan salah satu jenis haiwan peliharaan yang memiliki banyak kelakuan yang comel. Selain itu, pelbagai tingkah laku anjing kesayangan yang akan membuatkan tuannya atau sesiapa yang melihat tersenyum atau boleh jadi akan merasa pelik dan hairan. Salah satu kebiasaan anjing ini adalah dengan menguburkan benda dalam tanah.

Kebiasaan ini sudah ada pada hampir kesemua anjing. Boleh dikatakan sudah menjadi sifat seekor anjing. Selain untuk menyimpan makanan, terdapat pelbagai alasan lain mengapa anjing kerap menguburkan benda dalam tanah.

Pernah nampak anjing kesayangan anda berlari ke halaman rumah kemudian menguburkan mainana= atau benda yang berada dekat dengannya? Jika ya, jangan risau, kebiasaan ini merupakan naluri ilmiah yang dimiliki oleh anjing.

Berikut antara sebab mengapa ianya menjadi kebiasaan anjing:

1. Naluri ilmiah

Kelakuan ini merupakan naluri semula jadi yang dimiliki oleh anjing. Sebelum banyak jenis anjing yang dijinakkan dan dipelihara seperti sekarang, perilaku ini sudah menjadi kebiasaan anjing liar. Kebiasaan ini dilakukan untuk menjaga makanan yang mereka usahakan dari berburu. Hal ini dilakukan agar hasil buruan tidak diambil oleh haiwan lain.

Namun hingga ke saat ini, bukan hanya makanan, anjing turut menguburkan banyak benda yang dianggapnya menarik dan berharga. keadaan ini dicetuskan oleh naluri anjing untuk menjaga barang yang dianggap berharga tetap terjaga.

2. Ras anjing tertentu

Selain naluri semula jadi anjing, kebiasaan mengubur atau menanam benda ke dalam tanah telah menjadi ciri khas dari kebiasaan ras najing tertentu. Terdapat beebrapa ras anjing yang memiliki kebiasaan ini. Antaranya adalah Terriers, Beagles, Dachshund dan Basset Hounds.

Hal ini disebabkan, beberapa ras tersebut awalnya memang dibiakkan untuk mengejar dan memburu haiwan atau binatang kecil. Keadaan ini membuatkan mereka memiliki gaya menggali tanah yang sangat baik.

3. Anjing merasa bosan

Ketika merasa bosan, anjing memerlukan kegiataan yang boleh digunakan sebagai penyaluran tenaga. Ketika pemilik anjing tidak menyediakan beberapa perkara yang diperlukan untuk menghilangkan rasa bosan, anjing akan mencari dan menemui caranya sendiri untuk mengatasi rasa bosan ini. Salah satunya adalah menguburkan benda ke dalam tanah.

Selain untuk penyaluran tenaga, perilaku ini kadangkala dilakukan oleh anjing untuk menarik perhatian tuannya. Sebaiknya, segera bawa anjing anda untuk bersiar-siar agar anjing anda memiliki mental yang kekal sihat.

4. Anjing miliki tahap stress yang tinggi

Tahap stress dan rasa cemas ternyata mempunyai kaitan dengan tindakan menguburkan benda oleh anjing. Menggali dan mengubur benda dalam tanah dianggap menjadi tindakan yang dapat membantu anjing mengatasi tekanan atau stress, cemas dan kegelisahan yang dialami.

Namun, biasanya jika tindakan mengubur benda dalam tanah kerana disebabkan tahap stress, kelakuan anjing turut disertai oleh pelbagai tindakan yang lain. Bermula dengan perubahan selera makan, kerap mengelakkan diri dari orang lain, kelihatan terlalu letih hingga tidak memiliki tenaga.

Perkara yang perlu diingat, mengubur benda ke dalam tanah atau menggali adalah hal normal yang dilakukan anjing. Adalah lebih baik jika anda luangkan banyak masa untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama anjing anda bagi mengurangkan kebiasaan ini.

Sumber: halodoc

0 0

About Post Author

MissBambangan

suka menulis
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleppy
Sleppy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

MissBambangan

suka menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *