Kajian – KUCING boleh jangkiti kucing lain tanpa menunjukkan sebarang simptom

Read Time1 Minute, 15 Second

Dalam kajian terbaharu yang diterbitkan pada Rabu lalu (13 Mei) oleh New England Journal of Medicine mendapati bahawa kucing yang positif COVID-19 boleh menjangkiti kucing lain tanpa menunjukkan sebarang simptom.

Kajian ini dijalankan oleh Yoshihiro Kawaoka yang merupakan seorang pakar virus terkemuka dari Universiti Tokyo bersama dengan saintis-saintis lain dari Universiti Wisconsin.

AP melaporkan mereka juga mendapati masih belum ada bukti kukuh yang menunjukkan kucing boleh menyebabkan penularan COVID-19.

Dalam kajian, pengkaji menjangkiti tiga ekor kucing dengan virus tersebut. Setelah ketiga-tiga kucing itu bergaul dengan kucing lain yang sihat selama beberapa hari, keputusan mendapati bahawa kucing lain turut dijangkiti.

Namun, semua kucing yang terlibat dalam kajian langsung tiada menunjukkan simptom-simptom lazim seperti peningkatan suhu badan atau kehilangan berat badan.

“Melihat kepentingan untuk menghentikan pandemik COVID-19 ini melalui pelbagai mekanisme, pemahaman yang lebih mendalam tentang bagaimana kucing boleh menyebarkan SARS-CoV-2 kepada manusia adalah perlu.” terang kumpulan pengkaji kepada New England Journal of Medicine.

Setakat ini masih belum ada bukti yang menunjukkan kucing yamg positif COVID-19 boleh menjangkiti manusia.

Sebelum ini, dua kucing pertama di New York yang disahkan positif COVID-19 menunjukkan sedikit simptom respiratori. Namun dijangka akan pulih sepenuhnya.

Selain itu, tiga ekor singa dan harimau yang terdapat di Zoo Bronx, New York turut didapati positif COVID-19.

Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) menyarankan agar semua pemilik memastikan haiwan peliharaan mereka kekal dalam rumah serta mengamalkan penjarakan sosial sekiranya perlu dibawa keluar.

Sumber: NEJM

0 0

About Post Author

MissBambangan

suka menulis
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleppy
Sleppy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

MissBambangan

suka menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *