
KOTA KINABALU: Seorang pengurus projek pejabat Pembinaan Azam Jaya Sdn Bhd mengaku tidak bersalah ke atas tiga pertuduhan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan, iaitu mengemukakan dokumen palsu membabitkan projek pembinaan jalan bernilai RM800,000 pada tahun 2016, 2017 dan 2018.
Tertuduh (OKT), Victor Voo Chung Sain, 51 tahun membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jason Juga di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu pada Jumaat.
Mengikut pertuduhan pertama, OKT pada 31 Disember 2016 hingga 1 Januari 2017 bertempat di di Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah, di dalam Daerah Kota Kinabalu, di dalam Negeri Sabah, dengan niat curangnya telah menggunakan suatu dokumen palsu sebagai tulen iaitu Billed Items bertarikh 30 Disember 2016 dalam
Bayaran Interim No. 23 bagi Pembinaan Projek Persimpangan Bertingkat Dan Lorong Ke Tiga Di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah (Persimpangan (i) Jalan Lintas / Jalan Kolam (ii) / Jalan Tuaran Batu 5 ½ )yang mengandungi butiran palsu pada item nombor (3) berjumlah RM394,915.56.
Dokumen tersebut telah dikemukakan kepada Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah untuk menipu bagi tujuan mendapatkan bayaran daripada Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah bagi Pembinaan Projek Persimpangan Bertingkat Dan Lorong Ketiga di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah (Persimpangan (i) Jalan Lintas / Jalan Kolam (ii) / Jalan Tuaran Batu 5 ½ ), yang nilai kontrak keseluruhannya berjumlah RM394,915.56 yang mana diketahui bahawa butiran pada Billed Items berkenaan adalah palsu.
Bagi pertuduhan kedua, pada 31 Julai 2017 hingga 1 Ogos 2017, bertempat di Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah, di dalam Daerah Kota Kinabalu, di dalam Negeri Sabah, dengan niat curangnya telah menggunakan suatu dokumen palsu sebagai tulen iaitu Billed Items bertarikh 31 Julai 2017 dalam Bayaran Interim No. 30 bagi Pembinaan Projek Persimpangan Bertingkat Dan Lorong Ke Tiga Di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah (Persimpangan (i) Jalan Lintas / Jalan Kolam (ii) / Jalan Tuaran Batu 5 ½ ) yang mengandungi butiran palsu pada item nombor (3) berjumlah RM425,293.68.
Dokumen tersebut telah dikemukakan kepada Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah untuk menipu bagi tujuan mendapatkan bayaran daripada Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah bagi Pembinaan Projek Persimpangan Bertingkat Dan Lorong Ketiga di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah (Persimpangan (i) Jalan Lintas / Jalan Kolam (ii) / Jalan Tuaran Batu 5 ½ ), yang nilai kontrak keseluruhannya berjumlah RM425,293.68 yang mana diketahui bahawa butiran pada Billed Items berkenaan adalah palsu.
Manakala bagi pertuduhan ketiga, pada 24 April 2018, bertempat di Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah, di dalam Daerah Kota Kinabalu, di dalam Negeri Sabah, dengan niat curangnya telah menggunakan suatu dokumen palsu sebagai tulen iaitu Site Measurement, Record Ref No. SMR/GEN/23/18 bertarikh 24 April 2018 bagi Pembinaan Projek Persimpangan Bertingkat Dan Lorong Ke Tiga Di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah (Persimpangan (i) Jalan Lintas / Jalan Kolam (ii) / Jalan Tuaran Batu 5 ½ ) yang mengandungi tandatangan yang dipalsukan yang mana dokumen tersebut telah dikemukakan kepada Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah untuk menipu bagi tujuan mendapatkan bayaran daripada Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah bagi Pembinaan Projek Persimpangan Bertingkat Dan Lorong Ketiga di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah (Persimpangan (i) Jalan Lintas / Jalan Kolam (ii) / Jalan Tuaran Batu 5 ½ ), yang nilai kontrak keseluruhannya berjumlah RM46,028,504.04 yang mana diketahui bahawa butiran pada Site Measurement berkenaan adalah palsu.
Dengan itu, OKT telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 468 Kanun yang sama.
Oleh itu, OKT telah diikat jamin dengan jaminan sebanyak RM15,000 yang mana deposit RM8,000 dengan seorang penjamin tempatan dan OKT perlu melapor diri di Pejabat SPRM setiap dua bulan sekali selain diarah tidak boleh menganggu saksi dan pasport antarabangsa perlu diserahkan kepada pihak mahkamah.
OKT diwakili peguam Ram Singh dan Co
Tarikh pengurusan semula kes adalah pada 14 April 2025.