
Kebanyakkan pesakit meninggal dunia dalam tempoh 48 jam setelah mendapat simptom demam, muntah dan pendarahan dalaman
Penyakit misteri ini bermula selepas tiga orang kanak-kanak memakan kelawar dan menyebabkan penularan wabak misteri ini yang telah meragut lebih 50 nyawa di barat laut Congo sejak lima minggu lalu, kata pakar kesihatan.

Antara permulaan simptom ialah termasuk demam, muntah-muntah dan pendarahan dalaman sebelum mangsa meninggal dunia dalam tempoh 48 jam. “Dalam kebanyakan kes itulah yang benar-benar membimbangkan”, kata Serge Ngalebato, pengarah perubatan Hospital Bikoro
Gejala “Demam Berdarah” ini biasanya dikaitkan dengan virus yang menyebabkan kematian seperti Ebola, Denggi, Marburg dan Demam Kuning, namun penyelidik telah menolaknya berdasarkan ujian makmal yang telah dijalankan menggunakan sedozen sampel yang diperolehi dari mangsa.
Wabak misteri ini bermula di Republik Demokratik Congo pada 21 Januari, dengan 419 kes direkodkan dan 53 kematian.

Wabak itu bermula di kampung Boloko selepas tiga kanak-kanak memakan seekor kelawar dan mati dalam tempoh 48 jam, kata pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia di Afrika pada Isnin.
Jumlah wabak sedemikian di Afrika telah melonjak lebih daripada 60 peratus dalam dekad yang lalu, kata WHO pada 2022
Penularan kali ke-2 wabak misteri itu bermula di Kampung Bomate pada 9 Februari dan sampel daripada 13 kes dihantar ke Institut Penyelidikan Bioperubatan Kebangsaan di ibu negara Congo, Kinshasa kata WHO.
Kesemua sampel adalah negatif bagi penyakit demam berdarah biasa, walaupun ada sampel didapati positif bagi Penyakit Malaria.