GUA MUSANG: Seorang remaja lelaki cedera parah akibat tertusuk buluh selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah pacuan empat roda yang membawa muatan buluh yang parkir ditepi jalan di Kilometer 29 Jalan Gua Musang-Jeli, di atas jambatan Pulau Setelu, di sini, semalam.
Dalam kejadian 9.30 malam mangsa, Mohammad Ammar Hazriq Zuhan, 13, yang juga pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Bendahara tertusuk buluh sepanjang dua meter di bahagian perutnya.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mangsa dikejarkan ke oleh orang awam ke Hospital Gua Musang untuk mendapatkan rawatan awal.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada kira-kira jam 9.30 malam semalam, seorang remaja berusia 13 tahun merupakan pelajar sekolah menunggang motosikal dari rumah hendak pergi memancing.
” Sampai di lokasi kejadian telah terlanggar belakang sebuah pacuan empat roda dengan muatan buluh yang sedang parkir.
“Salah satu batang buluh berukuran 2 meter telah tertikam menembusi perut penunggang motosikal tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Sementara itu, Sik Choon Foo berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.
“Siasatan lamjut masih dijalankam dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta berkenaan kejadian diminta menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan dengan menghubungi bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik IPD Gua Musang di talian 099121222 atau pegawai penyiasat di talian 019-9710977,” katanya.
Sumber: Polis Gua Musang