KENINGAU: 99 peratus pemimpin bahagian dan penyokong akar umbi PBRS mempertikaikan jalinan kerjasama antara BN dan GRS.
Ramai Penyokong dalam kalangan BN termasuk ahli UMNO sendiri tidak bersetuju dengan gabungan yang disebut sebagai penghianatan semasa PRU14 lepas.
Ketua Exco Pemuda PBRS Prof Madya Dr Edwin Laimin menyokong penuh saranan yang dikeluarkan oleh Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup agar BN bergerak secara solo dalam PRU-15.”Gabungan ini hanya akan memberikan faedah kepada Perikatan Nasional (PN).
Jadi, apa perlunya BN membentuk kerjasama dengan GRS? adakah BN hanya sekadar menumpang Nama GRS seperti melukut di tepi gantang.
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan kenyataan bahawa kemenangan calon GRS dikira sebagai kemenangan Bersatu kerana ia adalah sebahagian daripada PN.
“Ini bermakna kemenangan GRS hanya akan memberikan faedah kepada PN bukannya BN,” ujarnya mengulas semula kenyataan yang dikeluarkan oleh Muhyiddin.”
Sewajarnya tentangan yang ditunjukkan oleh majoriti pimpinan peringkat bahagian dan penyokong akar umbi PBRS mengenai kerjasama dengan GRS adalah berasas,” tegasnya lagi.
Bagaimana PBRS dapat bertanding lebih banyak kerusi apabila kerjasama BN Sabah dengan GRS menyebabkan jumlah kerusi untuk BN terhad dan menyukarkan PBRS meminta agihan kerusi tambahan, lagi-lagi PBRS hanya menyandang satu kerusi di Parlimen.