Mesyuarat Persidangan BERSATU Bahagian Tuaran Tahun 2022 hari ini di Dewan Sri Sulaman, Tuaran sekaligus mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Pengerusi parti BERSATU Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata, perpaduan yang utuh berdiri, akan menjadi kekuatan kepada perjuangan GRS.
Katanya, kita komited untuk menghormati amanah rakyat dalam Pilihan Raya Negeri 2020 melalui mandat yang diberikan kepada Kerajaan GRS-BN.
Oleh itu, kerjasama yang dibentuk dengan perpaduan yang erat dan utuh, GRS-BN serta semua parti yang mesra dengan GRS dan bersama mendokong teras perjuangan GRS pastinya akan membawa kepada kejayaan dalam perancangan gerak kerja kita bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak lama lagi.
Apabila kita bersatu dalam payung perpaduan, kita akan kuat, kita bersama dan kita teguh.
Kita dukung semangat perpaduan, selari dengan teras perjuangan GRS, Kita mahu semua ahli-ahli dalam GRS, dari semua komponen parti serta parti-parti mesra GRS, terus kuat dan bergerak seiring membawa perjuangan untuk Sabah, membawa suara dan denyut nadi rakyat Sabah.
Ini janji kita sejak awal GRS ditubuhkan, kita bersama dan bersatu dalam membawa serta merealisasikan hasrat rakyat negeri ini.
Insya-Allah, semua ini pasti dapat direalisasikan dengan penyatuan dan kekuatan kita, tentunya tidak lain tidak bukan, melalui perpaduan.
Perpaduan utuh dan erat juga sudah menjadi asam garam dan imej kita di Sabah.
Perpaduan kita dicontohi semua pihak di luar sana, kita bersama dalam perpaduan tanpa melihat perbezaan bangsa, agama, suku, atau warna kulit.
Perpaduan kita sangat mahal, tidak akan mampu digantikan dengan apa-apa nilai dan tidak dapat ditolak ganti.
Ayuh bersama bawa perpaduan ini dalam gerak kerja GRS untuk kita maju dengan jayanya dalam PRU15 nanti.
Sumber: Facebook Hajiji Haji Noor