KUDAT: Seorang lelaki maut selepas kenderaan dinaiki terbabas di Jalan Tamburulan di sini semalam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata kenderaan mangsa terbabas.
“Kemudian melanggar sebuah kenderaan lain yang diletakkan di tepi jalan pada jam 11.53 pagi.
“Bertindak dengan kejadian pasukan bomba kemudiannya menjalankan operasi di lokasi.
Operasi mendapati mangsa berumur 58 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.
“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi keseluruhan ditamatkan jam 1.06 petang,” katanya.