KOTA KINABALU: Proses awal pemilihan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah pun dimulakan.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata setakat ini beliau masih belum menerima senarai calon yang akan dipilih.
Jelasnya, hasil proses awal itu seterusnya akan diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) bagi tindakan selanjutnya.
“Sekarang ini saya belum lagi menerima calon-calon tersebut siapa yang dipertimbangkan untuk dipilih sebab kita transparent.
“Kita memang memang ada panel tetap yang membuat pemilihan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Zalina Anuar,” katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Peranti Siswa di Kolej Kediaman Tun Fuad, UMS pada Selasa.
Tambah beliau bagi peringkat JPT proses pemilihan itu masih dalam penilaian dan belum lagi diserahkan kepadanya.
Dalam pada itu, Noraini berkata, adalah menjadi keutamaan bahawa proses keseluruhan bagi pemilihan itu perlu dilaksanakan secara telus.
“Kita di dalam memilih calon-calon Naib Canselor ini dia ada proses tertentu, iaitu bermula jawatankuasa tertinggi tetap pemilihan NC akan bermesyuarat dan dia akan panggil calon-calon tersebut.
“Sy rasa yg ini telah dilaksanakan dan kemudian akan diserahkan kepada JPT untuk penilaian.” jelasnya.
Pemilihan itu dilakukan susulan perkhidmatan Profesor Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin telah tamat tempoh pada Julai lalu.