KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah yang juga Ketua Pembangkang Sabah, Presiden Parti Warisan, Ahli Parlimen Semporna dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijatuhi hukuman penjara lima minggu selepas didapati bersalah atas kes menghina mahkamah berhubung kenyataannya mengenai inkues kematian Zara Qairina Mahathir.
Memetik laporan media tempatan, keputusan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan pada Rabu selepas mahkamah mensabitkan Mohd Shafie atas pertuduhan menghina mahkamah.
Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu berkuat kuasa serta-merta.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan Mohd Shafie untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan tersebut.
Kes itu berkaitan kenyataan yang dibuat Mohd Shafie mengenai inkues kematian Zara Qairina Mahathir, yang membawa kepada prosiding menghina mahkamah terhadap beliau.
