
Rokok elektronik mengandungi etomidat narkotik, agen anestetik yang berpotensi membawa maut.
Kerajaan Thailand telah memberi amaran kepada golongan muda supaya terus berwaspada terhadap peningkatan ancaman bentuk narkotik baharu, yang digelar “rokok zombie”, yang menggabungkan rokok elektronik dengan Etomidate sejenis dadah berbahaya.
Anukul Prueksanusak, timbalan jurucakap Pejabat Perdana Menteri berkata, pihak berkuasa telah merampas sejumlah besar dadah yang baru dibangunkan itu pada hari Isnin dan berjanji untuk memperhebat tindakan pihak berkuasa
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari yang sama, rokok zombi tersebut diedarkan di kawasan hiburan malam serta dijual secara haram dalam talian. Amaran telah dikeluarkan kepada orang ramai supaya tidak terpedaya dengan dakwaan bahawa rokok elektronik itu selamat digunakan.
Apa yang menjadikan rokok zombi begitu berbahaya ialah penggunaan Etomidate, agen anestetik yang boleh menyebabkan rasa mengantuk yang teruk, mengurangkan kadar pernafasan dan juga kematian dalam beberapa kes, menurut kenyataan itu.
“Tidak ada cara untuk mengetahui bahan kandungan apa yang telah dicampurkan oleh penjual atau berapa banyak narkotik terkandung” tambah Anukul.
Anukul juga menyeru ibu bapa untuk untuk terus memantau tingkah laku anak-anak mereka. Antara gejala yang boleh dikenal pasti ialah seperti menghabiskan sejumlah besar yang wang, mengantuk sepanjang hari dan kerap mengasingkan diri di dalam bilik.
Pihak berkuasa merekodkan 69 kes melibatkan dadah tersebut dan merampas 5kg (11 paun) kartrij vape atau cecair mengandungi narkotik antara tahun lepas hingga Januari.
Dalam tempoh masa yang sama, agensi penguatkuasaan undang-undang Hong Kong telah berjaya menumpaskan cubaan seludup 400 gram serbuk kimia yang serupa dengan Etomidate.