PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak lagi mengeluarkan slip bercetak Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan bagi kenderaan persendirian milik warganegara Malaysia berkuat kuasa 1 Februari 2026, selaras dengan usaha Kerajaan memperluas pendigitalan perkhidmatan pengangkutan.
JPJ dalam satu kenyataan memaklumkan, langkah itu melibatkan peralihan sepenuhnya kepada penggunaan LKM digital yang boleh diakses menerusi aplikasi MyJPJ, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada dokumen bercetak dan memudahkan urusan pemilik kenderaan.
Bagaimanapun, pemilik kenderaan yang masih memerlukan slip roadtax fizikal dinasihatkan memperbaharui cukai jalan dan insurans motor di pejabat Pos Malaysia sebelum tarikh pelaksanaan berkenaan, iaitu sebelum 1 Februari 2026.
Pembaharuan melalui Pos Malaysia masih membolehkan pengguna mendapatkan slip fizikal seperti biasa.
JPJ menggalakkan orang ramai beralih kepada kaedah digital bagi menikmati urusan yang lebih pantas, mudah dan selamat.
Sumber: Pandulaju
