KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira jam 9.30 pagi tadi selepas terjatuh di kediamannya pada awal pagi.
Perkara itu disahkan Setiausaha Akhbar Tun Dr Mahathir, Sufi Yusoff, yang memaklumkan beliau kini sedang dipantau secara menyeluruh.
“Ya, beliau dimasukkan ke IJN akibat terjatuh dan kini masih dalam proses pemantauan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, susulan kejadian itu, Tun Dr Mahathir segera dibawa ke IJN menggunakan ambulans dari kediamannya.
Sementara itu, seorang pegawai media Pejabat Tun Dr Mahathir memaklumkan kenyataan lanjut mengenai keadaan kesihatan beliau akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Sumber: Astro Awani
