KOTA KINABALU: Orang ramai diminta tampil membantu polis mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang di sekitar kawasan Inanam, di sini.
Menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM), individu yang dicari dikenali sebagai Farida, berusia 37 tahun dan berasal dari Kampung Kiapad, Kionsom, Inanam.
Pihak polis memaklumkan laporan kehilangan wanita berkenaan telah diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dan siasatan awal sedang dijalankan bagi mengesan keberadaannya.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan lokasi atau pergerakan Farida diminta menghubungi Ketua Polis Balai Inanam, SI Halim Johari, di talian +60 10 817 8781, atau IPD Kota Kinabalu di talian 088-529222, atau mana-mana balai polis berhampiran.
Tambah kenyataan itu, PDRM menghargai kerjasama serta keprihatinan orang ramai dalam membantu usaha mengesan wanita yang dilaporkan hilang ini.
