Kerajaan China telah meluluskan undang-undang perlindungan data peribadi pengguna yang dikatakan sebagai salah satu pelaksanaan undang-undang data peribadi yang paling ketat di dunia.
Undang-undang itu akan dikuatkuasakan bermula 1 November 2021.
Pelaksanaan undang-undang baru itu adalah tindakan susulan kerajaan negara itu terhadap aduan pengguna tentang berlakunya insiden salah urus data, penipuan, jual beli data pengguna dan lain-lain yang dilaporkan dilakukan oleh syarikat-syarikat di dalam China terhadap pelanggannya.
Dengan pelaksanaan undang-undang itu nanti, syarikat-syarikat persendirian di dalam China perlu mematuhi syarat bagaimana mereka mengumpul, menyimpan dan menggunakan data peribadi pelanggannya.
Setakat ini, teks kandungan penuh undang-undang itu tidak didedahkan lagi kepada umum.
Tetapi kandungan awal draf undang-undang itu adalah berkaitan syarikat perlu memohon kebenaran pelanggannya bagi menguruskan data peribadi mereka.
Perlanggaran undang-undang itu boleh menyebabkan sesebuah syarikat di China di denda sehingga $7.7 juta.
Sunguhpun undang-undang perlindungan data peribadi ini mensasarkan syarikat-syarikat China, tetapi ia juga turut terpakai kepada syarikat asing dalam menguruskan data peribadi pelanggan mereka di negara itu.
Undang-undang itu mungkin seakan sama sepertimana undang-undang perlidungan data peribadi yang dilaksanakan oleh Eropah.
Cuma berbeza dengan Eropah, draf awal undang-undang data peribadi China tidak menyebut tentang limitasi terhadap pemerintah bagi mengakses data peribadi rakyatnya.
Sumber : Apple Insider