
PENAMPANG: Pelaksanaan penugasan Omnipresent melalui rondaan cegah jenayah dan rondaan bit oleh Balai Polis Penampang di daerah ini menjadi komitmen dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat.
Polis Penampang dalam satu kenyataan berkata, inisiatif ini bertujuan meningkatkan kehadiran anggota polis di kawasan strategik bagi mencegah jenayah serta memberi keyakinan kepada orang awam.
“Penugasan ini memberi fokus kepada lokasi-lokasi tumpuan seperti kawasan perumahan, pusat perniagaan serta tempat awam yang berpotensi menjadi sasaran jenayah.
“Kehadiran anggota secara berkala dapat membantu mengekang aktiviti jenayah selain meningkatkan interaksi dengan masyarakat.
“Pendekatan ini bukan sahaja bersifat pencegahan malah membolehkan pihak polis mendapatkan maklumat terus daripada komuniti mengenai sebarang aktiviti mencurigakan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang akan terus mempergiatkan usaha dalam memastikan daerah ini kekal selamat dan harmoni menerusi pendekatan proaktif seperti Omnipresent.