TONGOD: 74 komuniti gereja di daerah ini menerima sumbangan sebanyak RM50 ribu daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah sempena perayaan hari Natal tahun ini.
Sumbangan sentuhan kasih itu bagi membantu jemaah gereja menjalankan aktiviti keagamaan pada hari Natal yang akan jatuh pada 25-26 Disember ini.
Beliau menyampaikan bantuan itu dalam satu majlis sambutan Hari Natal yang diadakan di Dewan Entilibon di sini, semalam.
Menurut Masiung setiap gereja akan menerima sumbangan antara RM2,000 hingga RM500 bagi gereja kecil dan ia merupakan bantuan yang diagihkan setiap tahunan menjelang Hari Natal.
Dalam ucapan ringkasnya di majlis itu, beliau akan sentiasa mengikuti libat urus dalam apa juga program pembangunan keagamaan di daerah itu.
Masiung pada masa sama turut mengesa para pemimpin komuniti gereja di kawasan Kuamut supaya mengutamakan keindahan luar dalam bangunan gereja menerusi projek gotong-royong di kalangan jemaah.