NABAWAN: Tiga lelaki dilaporkan mengalami kecederaan selepas kenderaan yang dinaiki, iaitu Perodua Axia terbabas sendiri di tepi jalan dalam kejadian di Bukit Sinsilog pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nabawan, Rudy Mekii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 6.55 pagi.
“Selepas menerima panggilan itu, BBP Nabawan menghantar seramai tujuh anggota Bomba dibantu oleh lima lagi anggota Bomba dari BBP Sook ke lokasi kejadian yang berjarak sejauh 8 kilometer.
“Tiga mangsa yang terlibat dan mengalami kecederaan ringan adalah, Joshua Sinilik, 20, Sansez Yasau, 19 dan Tejer Binidek, 42 tahun menolak untuk dihantar ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Tambah beliau, pasukan Bomba seterusnya membuat pemeriksaan di lokasi bagi memastikan tiada bahaya lain yang wujud dan menamatkan operasi sepenuhnya pada jam 7.53 pagi.