KOTA KINABALU: MAS Airlines hari ini dalam kenyataan memaklumkan beberapa penerbangan Kuala Lumpur – Kota Kinabalu International Airport (KKIA) – Kuala Lumpur hari ini dibatalkan selepas Gunung Ruang di Sulawesi Utara, Indonesia meletus semalam.
Antara penerbangan yang terlibat adalah:
KL – KKIA- KL:
Ketibaan:
AK6261 TWU/BKI ETA 11:15
AK6267 TWU/BKI ETA 14:15
AK6265 TWU/BKI ETA 15:50
MH7404 KUL/BKI ETA 09:55
MH2612 KUL/BKI ETA 10:45
MH2610 KUL/BKI ETA 1155
Pelepasan:
AK6268 BKI/TWU ETD 06:25
AK6266 BKI/TWU ETD 12:05
AK6270 BKI/TWU ETD 15:15
MH2613 BKI/KUL ETD 09:50
MH7405 BKI/KUL ETD 10:45
MH2621 BKI/KUL ETD 11:30
MH 2611 BKI/KUL ETD 13:00
Manakala penerbangan dari KL- Sarawak – KL yang terlibat adalah seperti berikut:
– MH2520 (KUL-KCH)
– MH2513 (KCH-KUL)
– MH2542 (KUL-KCH)
– MH2543 (KCH-KUL)
– MH2574 (KUL-MYY)
– MH2575 (MYY-KUL)
– MH2742 (KUL-BTU)
– MH2473 (BTU-KUL)
Menurut MAS lagi, pihaknya akan terus memantau situasi dari semasa ke semasa.
“Maklumat lanjut melibatkan penerbangan-penerbangan yang dibatalkan akan dikemas kini di plastform media sosial MAS) dan berhubung secara terus dengan penumpang yang terjejas,” jelas MAS dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Dalam pada itu, syarikat penerbangan berusaha untuk menampung para penumpang yang terjejas akibat pembatalan penerbangan kepada penerbangan alternatif sejurus keadaan bertambah baik.
Menurut laporan TribunManado, letusan kali ini lebih teruk dari sebelumnya yang mana boleh dilihat menerusi rakaman video atau live streaming di laman Facebook penduduk sekitar kawasan yang menunjukkan Gunung Ruang meletus lalu menghemburkan lahar dan debut.
Asap tebal merah menyala juga boleh dilihat meliputi kawasan atas gunung tersebut cahaya kilat seperti petir.
Susulan itu, Badan Geologi Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia telah menaikkan peringkat aktiviti Gunung Ruang dari Tahap II (Awas) kepada Tahap (III) (Amaran) pada Rabu.