JAKARTA: Seorang wanita menuntut cerai selepas mengetahui suami memberikan cincin dan rantai emas palsu dalam kejadian di wilayah Jawa Barat baru-baru ini.
Difahamkan, wanita yang dikenali sebagai Syifa dan merupakan anak perempuan kepada bekas ketua masyarakat Purwakarta, wilayah Jawa Barat diberikan mas kahwin berupa emas palsu oleh suaminya semasa majlis perkahwinan mereka.
Dilaporkan juga, dalam majlis tersebut, bekas Ketua Daerah Purwakarta, Dedi Mulyadi turut ada bersama.
Ayah Syifa yang meninggal dunia pada 3 Mac lalu pernah mengadu kepada mentua anaknya itu mengenai pemberian emas palsu tersebut, namun tidak mendapat sebarang maklum balas.
Bagaimanapun, isu pemberian emas palsu itu masih belum berjaya diselesaikan sehingga kini, walaupun bapanya telah meninggal dunia.
Kisah tersebut kini menjadi tular di media sosial selepas dimuat naik di dalam platform TikTok.
Sumber: Gelora.co