Sciatica merupakan satu keadaan yang merujuk kepada rasa sakit di bahagian pelvis akibat penderitaan saraf. Kesakitan yang dialami akan berbeza-beza, dimulai dari ringan hingga berat.
Sciatica ini disebabkan oleh saraf yang tersepit di bahagian bawah tulang belakang. Sekiranya anda alami sakit ini, berikut merupakan rawatan mudah dari rumah untuk melegakan rasa sakit.
Sciatica disifatkan dengan pelbagai gejala, seperti rasa mati di kawasan yang terjejas, rasa sakit dan sensasi terbakar di kawasan bawah punggung, sakit belakang, sakit pinggang dan sukar untuk berjalan. Jika berlaku beberapa gejala tersebut, lakukan rawatan sendiri di rumah. Berikut antara cara mudah yang boleh dilakukan.
1. Mampatkan dengan kain panas atau sejuk
Memampatkan dengan kain panas atau sejuk adalah salah satu kaedah termudah dan paling berkesan untuk merawat sciatica. Hal ini kerana, panas boleh membantu mengurangkan keradangan dan kesakitan. Sementara sejuk boleh menghilangkan rasa sakit.
Caranya, sediakan kain dan celupkan ke dalam air suam atau ketulan ais, kemudian perah dan lakukan tekanan pada tempat yang sakit dengan kain tersebut.
2. Susu, dan bawang putih
Bawang putih mempunyai sifat anti-radang yang boleh mengurangkan keradangan pada sciatica. Caranya adalah, masukkan susu, air dan bawang putih yang sudah dihancurkan ke dalam periuk untuk dididihkan selama 5 minit. Kemudian tapis dan minum. Untuk mendapatkan perisa yang sedap, boleh tambah sedikit madu.
3. Halia
Minyak halia boleh menyembuhkan sakit saraf secara luaran. Sementara teh halia boleh membantu menyembuhkan sakit saraf secara dalaman. Halia sendiri bersifat anti-radang dan analgesik yang boleh membantu mengurangkan keradangan dan sakit pelvis. Caranya adalah dengan merebuskan halia selama 10 hingga 15 minit, kemudian tapis. Boleh tambah madu. Untuk mendapatkan hasil maksimum, amalkan minum minuman ini tiga kali dalam satu hari.
4. Kunyit
Kandungan kurkumin dalam kunyit mempunyai sifat anti radang dan analgesik yang boleh merawat sciatica. Cara penyediaan adalah sangat mudah, campurkan satu sudu teh serbuk kunyit dengan secawan susu panas. Untuk dapatkan hasil yang maksimum, minum minuman ini dua kali sehari.
4. Lidah buaya (Aloe vera)
Aloe vera juga sangat terkenal dengan sifat anti-radang dan kesannya yang sangat menenangkan. Plosakarida dan sebatian anti-radang dalam lidah buaya dianggap berkesan dalam merawat sciatica.
Cara penyediaan dan penggunaannya adalah dengan mengupas kulit lidah buaya kemudian ambil isinya untuk dikisar. Boleh diminum secara langsung dengan jus dan boleh disapukan terus ke tempat yang berkenaan.
Perlu diperhatikan bahawa sciatica yang tidak dirawat boleh menyebabkan komplikasi seperti kesakitan pada bahagian kaki, rasa kebas kaki, dan boleh menggagalkan pundi kencing dan usus besar daripada berfungsi.
Ambil langkah-langkah untuk mencegah sciatica dengan melakukan regangan sebelum memulakan apa-apa aktiviti, regangkan punggung ketika letih, sandarkan punggung ketika mengangkat beban, berdiri atau duduk dalam posisi tegak dan perhatikan cara tidur dan tempat tidur.
Mengekalkan berat badan yang ideal mengikut ketinggian anda juga akan membantu mengekalkan tulang belakang yang sihat. Individu yang mempunyai berat badan berlebihan akan menyebabkan pengumpulan lemak di perut yang akan menurunkan prestasi tulang belakang dalam menyokong tubuh. Akibatnya, tulang belakang akan lebih mudah alami kecederaan.
Sekian perkongsian, semoga bermanfaat!
Sumber: halodoc