Covid-19, selesma biasa dan penyakit pernafasan yang lain memiliki beberapa gejala yang sama, namun masih boleh dibezakan.
Seperti contoh, memetik dari Medical News Today, salah satu gejala Covid-19 yang paling umum adalah demam, dan gejala ini jarang berlaku pada individu yang mengalami selesma biasa.
Kedua, penyakit ini sama-sama menular dengan melalui droplet, namun Covid-19 boleh menyebabkan gejala yang lebih bervariasi daripada selesma biasa dan memiliki risiko komplikasi parah yang lebih tinggi.
Untuk kita dapat mengenalinya, perhatikan perbezaan gejala Covid-19 dan selesma biasa berikut. Selesma biasa memiliki gejala seperti;
– Kesejukan dan hidung tersumbat
– Bersin
– Sakit tekak
– Gangguan pada deria bau dan rasa
– Batuk-batuk
– Keletihan
Gejala-gejala tersebut juga boleh berlaku pada pesakit Covid-19. Namun, ada beberapa tambahan lain bagi gejala Covid-19, seperti;
– Demam
– Sesak nafas
– Batuk kering
– Letih
– Sakit kepala
– Sakit otot
– Hilang deria bau dan rasa
– Mual
– Cirit-birit
Banyak dari gejala tersebut jarang dialami oleh seseorang yang sedang selesma biasa seperti demam, sakit otot hingga gejala gastrousus. Tetapi, demam juga boleh jadi petanda kepada selesma, pneumonia atau jangkitan penyakit lain.
Selain itu, tidak semua pesakit Covid-19 akan alami gejala-gejala tersebut. Beberapa orang mungkin memiliki gejala bagi selesma biasa tanpa demam, sementara yang lain pula mungkin hanya akan kehilangan deria bau dan rasa, serta terdapat juga individu yang langsung tidak menunjukkan sebarang gejala.
Menurut World Health Organization (WHO), beberapa gejala Covid-19 lain yang tidak berapa umum, antaranya adalah;
– Ruam pada kulit
– Konjungtivitis
– Pening kepala
– Kemurungan dan gelisah
– Gangguan tidur
Perlu diingat bahawa mengenali perbezaan gejala Covid-19 dan selesma biasa masih belum cukup. Disarankan untuk lakukan ujian saringan Covid-19 bila timbul gejala seperti yang sudah kita maklum, agar kita tahu secara pasti penyakit apa yang sedang dialami.
Sekian perkongsian, semoga bermanfaat!
Sumber: kompas