KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan Belanjawan 2024 yang dibentangkan hari ini, sebagai ‘Belanjawan Merakyat’ kerana meletakkan kepentingan rakyat sebagai fokus dan teras keutamaan.
Katanya, intipati Belanjawan 2024 jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Perpaduan menjurus ke arah mengurangkan kemiskinan dan merapatkan jurang pendapatan di negara ini.
“Pengawalan kos sara hidup dan peningkatan pendapatan khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana, menjadi tumpuan Belanjawan 2024 ini. Inilah yang saya maksudkan sebagai ‘Belanjawan Merakyat’,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Terdahulu, Hajiji menyaksikan Pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia Madani oleh Perdana Menteri, merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun menerusi siaran langsung dari Dewan Rakyat di Menara Kinabalu pada Jumaat.
Sementara itu, Hajiji berkata, peruntukan pembangunan untuk Sabah berjumlah RM6.6 bilion menerusi Belanjawan 2024, adalah menifestasi dukungan Kerajaan Perpaduan menyeimbangkan pembangunan antara wilayah Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Katanya, peningkatan peruntukan tahun depan sebanyak RM100 juta adalahjugasebahagian usaha Kerajaan Persekutuan memenuhi pelaksanaan PerjanjianMalaysia1963 (MA63).
“Kerajaan Negeri Sabah menyambut baik dan mengalu-alukan penyediaan peruntukantersebut dan bertekad untuk menjadikannya inspirasi apabila kita membentangkanBelanjawan Negeri Sabah 2024 tidak lama lagi,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, inti pati Belanjawan Madani 2024 itu akan diambil kiradandisesuaikan dengan teras Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) menerusi BelanjawanNegeri Sabah 2024 nanti.
Beliau berkata, dasar fiskal yang lebih baik dan progresif yang diperkenalkanmenerusi
Belanjawan 2024 ini, akan membawa impak besar kepada Sabah dalamusahauntukmembangunkan ekonomi negeri ini dan menarik pelaburan asing.
“Kita melihat dasar yang diperkenalkan menerusi Belanjawan 2024 ini sebagai amat
inklusif, dengan mengambil kira keadaan ekonomi global,” katanya.