TAMBUNAN: Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan membantu menurunkan seorang lelaki yang dilaporkan kepenatan ketika mendaki di Kitomoling Waterfall Gunung Alab, Tambunan hari ini.
Ketua BBP Tambunan, Desmon Ak Mickey berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.20 petang hari ini.
“Kawalan BBP Tambunan terima laporan terdapat seorang mangsa lelaki mengadu kepenatan semasa menjalankan aktiviti hiking di Kitomoling Waterfall Gunung Alab.
“Pasukan Bomba memimpin mangsa turun ke titik permulaan mendaki dan seterusnya dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Operasi kemudian ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.16 malam.