INDONESIA: Seorang bapa yang melastik mata seorang guru yang bertugas di Sekolah Menengah Atas (SMA) di Kabupaten Rejang Lebong, Bengkulu, Indonesia sehingga buta akhirnya muncul dan menyerah diri.
Pelaku bertindak demikian di Ibu Pejabat Polis Rejang Lebong pada Sabtu (6 Ogos), dengan ditemani oleh ahli keluarganya selepas empat hari di buru oleh piha berkuasa.
Sambil menangis, pelaku meminta maaf kepada Zaharman (mangsa), guru yang dianiayanya sehingga mengalami kecacatan kekal pad mata sebelah kanan.
“Anak saya ditendang, saya jadi emosi pak,” katanya sambil menangis ketika ditemu bual oleh TribunBengkulu.com.
Tambahnya, dia takut untuk menyerah diri kerana bimbang akan dikasari oleh pihak polis.
“Takut pak, takut dipukul polisi,” katanya sambil memohon maaf dan mengesali perbuatannya yang menyebabkan mata guru berkenaan buta.
“Menyesal sungguh pak, saya mohon maaf sebesar-besarnya,” ujarnya.
Seperti laporan sebelum ini, di mana Timbalan Ketua Polis Daerah Rejang Lebong Resort, Kompol Yusiady mendedahkan, pelaku menyerah diri selepas polis mendekati keluarganya untuk memberi kerjasama supaya pelaku menyerah diri.
Terdahulu, media Indonesia melaporkan, pelaku naik berang dan melastik Zaharman kerana guru tersebut menendang anaknya kerana ditangkap sedang menghisap rokok.
Sumber: Kompas