INDONESIA: Pasangan pengantin baharu dari Sambas, Kalimantan Barat, Indonesia menjadi viral selepas usia penganti lelakinya masih muda, iaitu 16 tahun.
Remaja lelaki yang dikenali sebagai Kevin itu telah menikah dengan wanita berusia 41 tahun.
Dengan jarak usia 25 tahun, Mariana yang ditemui Detik.com mengaku bahagia kerana dapat berkahwin dengan Kevin yang disifatkannya tidak seperti remaja lelaki biasa.
“Suka lah, badannya besar juga dan tinggi, bukan macam anak-anak remaja,” akui wanita itu.
Mariana pada masa sama berkata, dia sudi berkahwin dengan Kevin kerana suaminya sudah ada pekerjaan tetap selain seorang lelaki yang baik.
Malah dia juga mengaku, meski umurnya sudah lanjut, tetapi pernikahan tersebut merupakan perkahwinan pertamanya.
“Saya belum pernah nikah lagi dan ini pernikahan pertama. Kami menikah di rumah saya ada saksi daripada orang kampung juga,” katanya.
“Menurut laporan media tempatan, Mariana dan Kevin adalah jiran dan Mariana merupakan sahabat kepada ibu remaja lelaki tersebut.
“Kami berjiran, dan saya mula berkawan dengan ibunya sekitar tiga atau empat bulan kebelakangan ini kerana dia sering membeli barangan di kedai saya,” katanya lagi.
Sumber: detik